Entri Blog Minggu Ini

Thursday, 3 May 2012

Tips Berjimat Cermat Bagi Yang Suka Membeli Belah

Views
Assalamualaikum dan salam sejahtera. "Tips Berjimat Cermat Bagi Yang Suka Membeli Belah" adalah entri yang akan saya kongsikan kepada anda. Membeli belah memang menyeronokkan tambahan pula bersama rakan dan keluarga tetapi bagaimanakah anda berjimat sewaktu berbelanja? Inilah yang akan saya bincangkan dan kongsikan pada hari ini. Terdapat beberapa tips yang akan saya kongsikan kepada anda semua tentang cara bagaimana untuk anda berjimat cermat di dalam arus kemodenisasi hari ini. 

Tips yang pertama saya ingin kongsikan kepada anda semua ialah Abaikan Penggunaan Kad Kredit. Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang anda untuk berbelanja secara bebas. Anda mungkin berasa puas setelah membeli barang tetapi bagaimana pula ketika anda ingin membayarnya? mungkin agak sukar jika kos yang sudah dibelanja adalah besar.

Tips seterusnya ialah Membawa Duit Mengikut Keperluan. Dengan cara ini anda tidak mampu berbelanja melebihi keperluan anda dan cara ini amat berkesan untuk berjimat cermat.

Amalkan Budaya Menabung juga merupakan satu tips untuk berjimat cermat. Dengan menabung anda mampu menyimpan wang dengan banyak tanpa anda sedari. Wang ini juga akan membantu anda ketika anda dalam keadaan kesusahan. Selain itu, dengan menabung juga dapat membantu anda untuk menyambungkan pelajaran anda ke peringkat seterusnya. Bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".

Akhir sekali Memberikan Wang Anda Kepada Sesiapa Untuk Disimpan. Apabila wang anda disimpankan oleh orang lain, anda akan mempunyai sedikit perasaan malu ketika hendak mengambil kembali wang anda dan ianya mungkin dapat mengurangkan perbelanjaan anda.

Itu sahaja tips berjimat cermat yang ingin saya kongsikan kepada anda dan saya berharap agar anda mempraktik segala tips yang telah saya berikan dan saya berharap agar tips yang saya berikan ini memberi baynak manfaat kepada anda semua.

No comments: