Entri Blog Minggu Ini

Friday, 4 May 2012

Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan !

Views
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. "Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan" bukan bermakna kita seharusnya berhenti dari membeli segala-galanya. Tetapi slogan tersebut bermakna kita haruslah berbelanja secara berhemah dan menghentikan segala tindakan boros sewaktu berbelanja.

Wacapada masyarakat lebih banyak menghabiskan wang ringgit dengan hanya membeli barang yang bukan keperluan dan ianya merupakan kemahuan. Membeli barang kemahuan juga kini lebih diutamakan oleh masyarakat berbanding dengan membeli barangan yang diperlukan. Masyarakat juga kini gemar bersiar-siar dan menghabiskan wang di pusat beli-belah dengan membeli barang tanpa mengikut bajet atau kemampuan demi untuk mengikut arus kemodenan.

Perlakuan jenayah juga boleh berpunca akibat sikap boros dalam diri sehinggakan ketiadaan wang untuk berbelanja dan mereka terpaksa melakukan jenayah untuk mendapatkan wang ringgit contohnya merompak, mencuri, menyamun dan meragut.Di sini terdapat beberapa tips berbelanja yang ingin saya kongsikan di bawah :

  • Rancang dan bataskan perbelanjaan. Sediakan senarai barang yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhi senarai barang tersebut.
  • Amalkan penggunaan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan.
  • Bezakan antara "Keperluan" dan "Kemahuan".
  • Beli barangan yang berkualiti tinggi dan harganya berpatutan.
  • Amalkan supaya tidak mengambil bakul atau troli supaya anda tidak mengambil banyak  barang.
Akhir kata dari saya, amalkan berbelanja secara berhemah dan elakkan segala tindakan boros sewaktu berbelanja. Dengan berbelanja secara hemah, anda juga akan mendapat kebaikannya kerana dapat menjimatkan wang ringgit bagi keperluan lain. Oleh itu, praktikkan segala tips yang diberikan bagi mengelakkan pembaziran sewaktu berbelanja atau membeli belah.